Nora bercerai?

Nora bercerai?

Kuala Lumpur : Penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 51, diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli.

Lafaz cerai itu dibuat Rushdi menerusi rakaman video dikongsi penyanyi lagu Dipersimpangan Dilema itu dalam Instagram, hari ini.

“Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah,” lafaznya.

Terdahulu, spekulasi mengatakan rumah tangga penyanyi itu dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya itu goyah sudah bertebaran sejak tahun lalu, namun Nora menafikannya.

Penyanyi kelahiran Kelantan itu mendirikan rumah tangga dengan Rushdi dalam satu majlis pada 2021. Rushdi juga adalah sahabat baik Allahyarham suaminya, Johan Nawawi.

Sebelum itu, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. 

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top