Nora Danish Bagi Jam, Mickey Ayo Balas Hadiah Beri Kasut ‘Matching’… Netizen Usik Persis Pasangan Bercinta

Nora Danish Bagi Jam, Mickey Ayo Balas Hadiah Beri Kasut ‘Matching’… Netizen Usik Persis Pasangan Bercinta

Hubungan antara pelakon popular, Nora Danish, dan perunding kewangan, Mickey Ayo, sekali lagi mencuri perhatian warganet di media sosial.

Perkara itu tercetus selepas mereka berdua berkongsi momen saling bertukar hadiah menerusi hantaran di Instagram Story (IGs).

Nora menghadiahkan Mickey sebuah jam sukan berjenama Suunto, manakala Mickey pula membalas dengan memberikan aktres berusia 43 tahun itu sepasang kasut sukan berjenama On.

Lebih mencuri tumpuan, Mickey turut memiliki kasut dengan rekaan dan corak yang sama seperti Nora, sekali gus membuatkan peminat teruja melihat pasangan itu tampil dengan gaya ‘matching’.

Spekulasi hubungan mereka mula diperkatakan sejak Nora memuat naik tangkap layar perbualan video call bersama seorang jejaka di Tanah Suci Makkah, yang dipercayai Mickey.

Namun, sebelum ini Nora menafikan dakwaan bakal mendirikan rumah tangga bersama duda anak tiga itu.

Jelas Nora, video serta foto yang tular di media sosial hanyalah sebahagian daripada strategi pemasaran produk dan tidak mempunyai kaitan dengan kehidupan peribadinya.

Scroll to Top