Adik masih trauma, masih dirawat di hospital – Abang wanita cedera dipukul suami

Adik masih trauma, masih dirawat di hospital – Abang wanita cedera dipukul suami

am@hmetro.com.my

Sungai Petani: Keluarga wanita yang cedera dipukul suami dalam kejadian Khamis lalu menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Abang mangsa, Mohd Firdaus Moktar, 45, berkata, adik perempuannya yang berusia 39 tahun itu kini masih dirawat di hospital akibat kecederaan yang dialami.

Katanya, keadaan mangsa masih trauma dan kecederaan yang dialaminya juga agak teruk.

“Apapun kami serahkan kepada polis selepas laporan dibuat Jumaat lalu, ” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media semalam melaporkan, seorang wanita cedera di beberapa bahagian badan dipercayai dipukul suaminya sehingga menyebabkan mangsa turut mengalami keguguran ketika kandungan berusia 12 minggu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top