Norish Karman kongsi keadaan terkini, badan masih lemah bergerak guna kerusi roda

Norish Karman kongsi keadaan terkini, badan masih lemah bergerak guna kerusi roda

Pelakon Norish Karman kini masih melalui fasa pemulihan selepas berdepan masalah kesihatan serius melibatkan paras darah serta zat besi yang terlalu rendah (extreme low blood and iron), yang difahamkan telah dialaminya sejak dua tahun lalu.

Memetik laporan HibGlam, Norish, 52, memaklumkan keadaan kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya dan tubuhnya masih lemah ketika ini.

Badan masih lemah

“Badan masih sakit-sakit, maklumlah darah dan zat besi sudah masuk selepas lama tiada dalam badan.
“Dua hari demam, sejuk panas. Masih perlahan-lahan untuk sembuh. Setiap hari hidup aku makan dan minum segala herba-herba terbaik,” katanya, baru-baru ini.

Dalam perkembangan sama, pelakon yang popular menerusi drama Spa Q itu turut memerlukan bantuan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan hariannya.

“Saya perlukan kerusi roda untuk bergerak sebab masih lemah dan perlahan.
“Jadi, anak-anak gembira tolak sana sini. Doakan saya segera sembuh ya geng-geng disayangi Allah SWT,” tambahnya lagi.

Screenshot

Artikel lain: Mahu beli MPV jika diberi RM200,000? Norish Karman minta bertenang -“Saya hanya berangan”

Sebelum ini, pada 9 April lalu, anak perempuannya iaitu Hany Amanda memaklumkan keadaan Norish berada pada tahap membimbangkan dan dikategorikan sebagai pesakit berisiko tinggi selepas dimasukkan ke sebuah hospital.

Menurut Hany, ibu bapanya itu dikejarkan ke hospital selepas paras hemoglobin dan zat besi didapati berada pada tahap yang sangat kritikal.

Norish kini masih menjalani proses pemulihan dan memerlukan penggunaan kerusi roda bagi mengelakkan tekanan pada bahagian tulang belakangnya

Sumber: HibGlam (Nur Emira Saizali)

Scroll to Top