Anak kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah dilantik menganggotai lembaga pengarah di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Menerusi surat pelantikan yang tular di platform X, Nurul Hidayah dilantik mewakili komposisi berpengetahuan dan berpengalaman selaras dengan subskeksyen 18 (1) Perlembagaan UPM untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa 2 Januari 2025 sehingga 1 Januari 2028.
Surat tersebut juga ditandatangani oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dr Zambry Abd Kadir.
Berita tular tersebut kemudian seakan disahkan sendiri oleh Nurul apabila dia memuat naik semula foto majlis graduasi miliknya di Instgram.
“Alma Mater. UPM 1999-2002. Bismillah,” tulisnya.
Manakala, menerusi ruangan Instagram Story pula Nurul kelihatan menulis ”Sireh Pulang Ke Gagang. Berilmu Berbakti dan Beradab Berbudi”.

Bagaimanapun menerusi hantaran di X, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons susulan laporan berkenaan.




