Nama Bella Astillah kini sering didengari apabila, akhir-akhir ini pelakon dan penyanyi tersebut mempunyai beberapa kontroversi yang pada mulanya berpunca daripada konsert ‘Sumandak Stars’.
Sebelum ini, Bella telah dikiritik oleh netizen kerana didakwa dirinya telah menjadi punca penyanyi Stacy menarik diri daripada mengikuti acara konsert tersebut.
Hantaran Instagram Didi Astillah Beri Kata-Kata Semangat
Terbaharu, video nanyian Bella yang tular di media sosial telah menerima kecaman hebat daripada netizen.
Susulan itu, adik kepada Bella, Didi Astillah telah memberi kata-kata semangat kepada kakaknya menerusi satu hantaran di Instagram.
Sumber kekuatan kaklong untuk selalu bertahan dengan perjuangannya, Ara dan Ayden. Mereka selalu bangga dengan mummy mereka tak kira apa sekalipun. Mereka adalah penyokong terbesar dalam hidup kaklong.
Yang kenal dan rapat dengan Kak Long tahu macam mana dirinya yang sebenar. Adik tahu selagi ada kudrat Kak Long di dunia ni. Kak Long nak besarkan Ara dan Ayden dalam keadaan sihat dan bahagia.
Ujarnya lagi, tidak mudah untuk kakaknya yang juga merupakan ibu tunggal untuk terus kuat. Namun dengan adanya keluarga, kawan-kawan dan anak-anak mereka akan sentiasa memberi semangat kepadanya.
Mungkin bukan mudah untuk ibu tunggal macam kaklong untuk sentiasa kuat dalam hadapi apa-apa ujian, tapi keluarga, kawan-kawan dan anak-anak kaklong akan sentiasa memberi semangat untuk kaklong sentiasa maju ke depan.
Teruskan apa sahaja usahamu Kak Long untuk mencari rezeki buat anak-anakmu. Semoga rezekimu selalu dilancarkan.
Didi juga mendoakan agar segala urusan kakaknya itu dipermudahkan, dan dia juga mengharapkan Bella untuk terus semangat dalam menghadapi segala ujian.

