Nyanyikan lagu buat Ernie-Syamel, Anuar Zain buat ramai senyum ‘sorang2’

Nyanyikan lagu buat Ernie-Syamel, Anuar Zain buat ramai senyum ‘sorang2’

Majlis resepsi pasangan penyanyi, Ernie Zakri dan Syamel semalam sememangnya menghadirkan banyak momen sweet memandangkan ramai artis yang hadir meraikan pasangan pengantin baru itu.

Selain daripada kehadiran penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sedang sarat hamil, persembahan lagu daripada bapa saudara Ernie, Anuar Zain sememangnya mencuri tumpuan.

Dalam perkongsian video yang dimuat naik Instagram Era.je, Anuar Zain yang mesra disapa PakNgah oleh Ernie telah membawakan lagu Sesuci Cintamu khas buat mempelai.

Pasangan pengantin yang menghampiri penyanyi tersebut juga terlihat begitu enjoy mendengar lagu yang dibawakan dengan sangat merdu oleh penyanyi hebat Tanah Air itu.

Syamel turut sempat bergurau dengan mengibas tisu sebelum mengelap air mata isterinya yang terlihat sebak dengan persembahan yang dibawakan oleh PakNgahnya ketika majlis resepsi.

Menerusi perkongsian video tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan berasa teruja mendengar suara merdu Anuar Zain mendendangkan lagu Sesuci Cintamu kepada Ernie dan Syamel.

 

Sumber: Era.je

Scroll to Top