Oksigen turun & hampir ditidurkan, Najman Mohamed kembali bernafas lepas sehari disahkan ‘stage 4’

Sejak pandemik melanda dunia dan pastinya Malaysia, ramai yang telah dijangkiti. Bukan itu sahaja, jumlah yang ‘tewas’ disebabkan wabak maut tersebut sudah pun mencecah puluhan ribu mangsa.

Dengar sahaja ada pesakit Covid-19 yang akan ditidurkan, ramai yang mulai panik serta bimbang dengan keadaan itu kerana tahu  yang pesakit sedang kritikal.

Namun begitu, ramai juga yang telah sembuh dari wabak tersebut. Selain daripada doa yang sentiasa dipohon kepada Maha Pencipta telah dimakbulkan, rutin harian yang sihat serta tindak balas vaksin menjadi salah satu faktor bebas dari jangkitan wabak.

Salah seorangnya ialah bekas penyampai  Sinar FM, Najman Mohamed, 51. Sebelum ini, tular di media sosial bahawa tahap kesihatannya agak menurun sehingga memerlukan bantuan oksigen setelah disahkan positif Covid-19.

Beliau telah disahkan dijangkiti Covid-19 dan berada dalam keadaan yang sangat membimbangkan. Justeru itu rakan-rakan artis telah mengadakan bacaan yassin buat Najman untuk memohon kesihatan Najman kembali stabil.

Disebabkan khabar dirinya berlegar-legar di media sosial, Pak Nil atau Datuk Aznil Haji Nawawi telah menghubungi Najman untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kondisi bekas penyampai radio itu.

Najman memaklumkan yang tahap oksigennya pernah menurun sehingga ke 77% dan doktor mengesahkan bahawa jangkitan yang dihadapi beliau sudah melepasi tahap 4 serta boleh ditidurkan pada bila-bila masa sahaja.

Jadi, pada hari kelima disahkan positif, Pak Nil telah menghantar Eskayvie Diffenz kepada Najman untuk membantu meningkatkan kembali sistem imun tubuh.

Najman mendedahkan yang beliau mengambil Eskayvie Diffenz sebanyak dua biji pada sebelah pagi, tengahari, petang dan malam.

“Saya makan memang dua pagi, dua tengahari, dua petang dua malam. Bosan-bosan takde kudapan, saya makan Eskayvie Diffenz..”

Beliau sempat menceritakan kebaikkan Eskayvie Diffenz apabila mula mengambil Eskayvie Diffenz pada hari kelima positif iaitu ketika berada dalam kondisi yang sangat teruk. Dengan izin Allah, pada hari kesembilan Najman sudah stabil.

“Saya lalui yang sakit sangat pada hari keempat, lepas buat PCR. Dada sakit sangat. Hari ke tujuh kelapan doktor kata saya mungkin ditidurkan. Tapi doktor kata, ini semua kuasa Allah. Alhamdulillah hari kesembilan saya dah ok. Saya mula makan ni (Eskayvie Diffenz)  pada hari kelima, saya makan tiga biji, tiga biji…”

Selepas berada dalam keadaan stabil, Najman sekali lagi berkongsi khasiat yang diberikan oleh Eskayvie Diffenz sehingga dapat membantunya melawan jangkitan wabak tersebut.

Dengan empat khasiat dirangkumkan dalam satu tablet, Eskayvie Diffenz pastinya menjadi booster dalam memberi tenaga yang telah hilang kerana jangkitan wabak.

Ini yang ditekankan Najman menerusi perkongsiannya apabila Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-camu, Vitamin D dan Vitamin C yang diperoleh mampu ‘membawanya’ keluar dari kondisi kronik dengan izin Allah S.W.T.

Tambahnya,  sokongan khasiat dari Buah Camu-Camu, Cendawan Susu Harimau, Vitamin C dan Vitamin D, membantu menyokong kesihatan paru-paru dan meningkatkan sistem imun tubuhnya.

“Kita sama-sama usahakan untuk tingkatkan sistem imun bagi melindungi diri daripada wabak. Yang penting, Kita Ikhtiar dan buat sehabis baik. Perjuangan kita belum berakhir. “

Jadi, Najman sangat menyarankan kepada sesiapa yang menghidap atau pasca Covid-19 mengambil Eskayvie Diffenz terutamanya yang hilang selera makan bagi mengembalikan semula deria rasa itu.

“Satu lagi saya nak share. Siapa yang kena Covid, selera makan takde. ambil Eskayvie Diffenz, makan buah yang berserat setiap hari…”

Okey, kalau nak tahu, Eskayvie Diffenz  ini  mempunyai rasa buah anggur hitam. Ia juga boleh diambil semua peringkat umur bermula 5 tahun dan ke atas.

Bukan apa, bak kata Pak Nil, kita sama-sama usaha untuk tingkatkan sistem imun bagi melindungi diri daripada wabak. Yang penting, Kita ikhtiar dan buat sehabis baik. Perjuangan kita belum berakhir.

InsyaAllah dengan persediaan awal seperti mengamalkan Eskayvie Diffenz, kita dapat mengurangkan risiko dijangkiti wabak dan meningkatan sistem imun badan andai sudah terkena penularan.

Perkongsian yang dibuat Najman bersama Pak Nil dan Dr. Syid itu sedikit sebanyak mampu membuka mata ramai tentang khasiat yang diperoleh dalam satu tablet Eskayvie Diffenz.

Jadi, untuk anda yang mahukan makluman lanjut berkenaan Eskayvie Diffenz, boleh saja layari website Eskayvie Diffenz, atau laman Facebook dan Instagram.

 

 

 

 

 

Leave a Comment