OLIMPIK: Filipina akhirnya menang emas pertama

OLIMPIK: Filipina akhirnya menang emas pertama

TOKYO: Atlet angkat berat, Hidilyn Diaz melakar sejarah selepas menjadi atlet pertama Filipina memenangi pingat emas pada temasya Sukan Olimpik.

Pemenang pingat perak di Rio 2016 berusia 30 tahun dari selatan bandar Zamboanga itu merealisasikan impiannya menerusi kelas 55 kilogram (kg) wanita di Tokyo International Forum pada temasya Sukan Olimpik 2020, di sini sebentar tadi.

Diaz mengatasi pencapaian peribadi terbaiknya untuk meletakkan pemegang rekod dunia, Liao Qiuyun dari China sekadar berpuas hati dengan pingat perak.

– AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top