“Daun ketum disyaki diperoleh dari utara tanah air, dan ia diproses bagi memenuhi permintaan di sekitar Sungai Udang. Pelbagai alatan memasak dipercayai digunakan untuk memproses air ketum turut dirampas seperti periuk, dapur gas dan tong gas,” katanya kepada pemberita selepas Op Sarang JSJN Melaka di sini, hari ini.
Sementara itu dalam operasi di sekitar Sungai Udang dan Krubong termasuk di Tapak Pelupusan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitasi Sungai Udang serta Tapak Pelupusan Sampah di Krubong dari pukul 2.00 pagi hingga 5.30 petang tadi, 71 lelaki dan enam wanita berusia 16 hingga 68 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah.
Zulkiflee berkata, operasi bersepadu itu melibatkan 173 anggota daripada pelbagai agensi penguatkuasa antaranya polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). – Bernama




