Orang Sabah memang pemurah! Siap hulur tangan, bagi duit pada anakanda Agong

Orang Sabah memang pemurah! Siap hulur tangan, bagi duit pada anakanda Agong

Kunjungan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan keluarga baginda disambut meriah ketika  bertemu masyarakat menerusi Kembara Kenali Borneo.

Pelbagai rakam dan banyak video tular merakamkan memori manis mereka teruja bertemu secara bertentangan mata dengan Seri Paduka Baginda berdua serta anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana.

Malah, gelagat rakyat Sabah sepanjang keberadaan di Sabah sememangnya menghiburkan hati Seri Paduka Baginda kedua dan bertitah cukup mengagumi dengan mereka semua.

“Ada anak muda panggil saya ‘Pakcik Agong’, ada yang panggil ‘Gong, Gong, Gong’ sekurang-kurangnya menghiburkan saya juga..kepada Permaisuri dipanggil Datin Permaisuri.
“Ini semua pada saya, realiti yang cukup menakjubkan dan keharmonian ditunjuk di sebalik kepelbagaian ini simbol kepada perpaduan dan kestabilan negeri Sabah yg wajar dijadikan tauladan,” katanya.

Terbaharu, apa yang mencuit hati ramai warganet adalah gelagat seorang wanita yang dilihat menghulurkan duit kepada salah seorang anakanda Seri Paduka Baginda berdua, Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menerusi perkongsian video yang kini tular di aplikasi TikTok, kelihatan para penduduk mengiringi keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua sekeluarga sebelum merakam momen seorang wanita menghulurkan duit kertas.

@bundleconceptstore

#sabahan

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Gelagat spontan wanita itu membuatkan ramai terhibur kerana memberi duit kepada anakanda Agong yang pastinya jauh lebih berkemampuan daripada pemberi.

Mereka juga menyifatkan aksi spontan seperti kasihnya seorang nenek terhadap cucu mereka yang pulang ke kampung halaman.

 

Sumber: TikTok @bundleconceptstore