Kuala Lumpur: Prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengenai kedai makan yang hanya dibenarkan untuk bungkus/ ‘tapau’ sahaja.
Semalam tular di laman Twitter, beberapa pengguna membuat ciapan berkongsi kisah menjadikan kereta sebagai tempat makan selain mudah sekiranya ini ‘order’ banyak kali dari restoran sama.
Terbaru, seorang pengguna bernama @NunNajmeen membuat satu ciapan berkongsi kisah yang sama. Posting itu memperlihatkan antara cara pemilik restoran membawa makanan di atas dulang dan dihantar ke kereta.
Hal ini untuk memastikan perniagaan yang dijalankan masih mampu beroperasi selain bagi membendung pandemik Covid-19 daripada merebak.
Perkongsian gadis tersebut menerima pelbagai respon daripada warganet yang rata-rata turut memuji langkah yang digunakan oleh pemilik kedai makan tersebut.
Wah! menarik juga ya idea macam ini. Sekurang-kurangnya masih ada yang singgah di kedai makan dan sekali gus mampu menolong para peniaga untuk mencari rezeki
Sumber: ohmymedia
Malay News
Social Media Updates


