KUALA LUMPUR – OSK Property mengumumkan inisiatif strategik bersama IKEA Malaysia, CUCKOO Malaysia dan Samsung Malaysia bagi membantu pemilik kediaman mewujudkan persekitaran rumah yang menyokong keselesaan, kesejahteraan dan kualiti hidup lebih baik.
Bertemakan ‘Joy of Living’, kerjasama yang menghimpunkan jenama isi rumah dipercayai itu membolehkan pembeli NARA di Shorea Park menerima rumah yang lengkap berperabot dengan kelengkapan dan perabot IKEA, pembeli juga akan diberi pilihan menyesuaikan unit mereka dengan perabot IKEA mengikut citarasa sendiri.
Ketua Pegawai Eksekutif OSK Property Holdings Berhad, Chu Wai Lune berkata, OSK Property percaya rumah memainkan peranan penting dalam menyokong kesejahteraan secara keseluruhan.
“Ia seharusnya menjadi tempat untuk berehat, memulihkan tenaga, memupuk hubungan bermakna dan menikmati detik seharian dengan lebih mudah serta selesa.
“Inisiatif strategik bersama IKEA Malaysia, CUCKOO Malaysia dan Samsung Malaysia ini membolehkan kami menghimpunkan reka bentuk yang teliti, fungsi dan penyelesaian gaya hidup berteraskan kesejahteraan dalam cara yang lebih mudah diakses,” katanya ketika majlis media eksklusif anjuran OSK Property pada Khamis.
Tambahnya, dengan menawarkan rumah berperabot serta peralatan berjenama dipercayai yang dijadikan lebih mampu milik menerusi pakej eksklusif, pihaknya mahu membantu pembeli mewujudkan ruang kediaman yang menyokong kesejahteraan mereka sejak hari pertama.
“Inisiatif ini mencerminkan komitmen untuk menyediakan rumah yang bukan sahaja memenuhi keperluan praktikal, malah menyumbang secara positif kepada gaya hidup dan kesejahteraan pemilik rumah kami,”katanya.
Sementara itu, CUCKOO Malaysia dan Samsung Malaysia turut bekerjasama memperkenalkan pakej peralatan khas secara eksklusif untuk pelanggan OSK Property.
Menampilkan pilihan seperti peti sejuk Samsung, mesin basuh Samsung, TV pintar Samsung, penapis air CUCKOO dan penapis udara CUCKOO, barangan ini ditawarkan menerusi pelan sewaan lima tahun yang mampu milik.
Pakej ini memberi pembeli akses yang lebih mudah kepada peralatan dipercayai yang menyumbang kepada keselesaan harian serta gaya hidup lebih sihat, sekali gus membantu mereka melengkapkan kediaman yang lebih menyeluruh dan berteraskan kesejahteraan dengan komitmen kos permulaan minimum.
Peralatan CUCKOO dan Samsung juga akan ditawarkan sebagai hadiah terjamin serta hadiah cabutan bertuah kepada pembeli bagi projek terpilih OSK Property, termasuk NARA di OSK Shorea Park, Hana Hills, OSK Areca, Iringan Bayu, OSK Mori Park, Ayra & Sierra di OSK Yarra Park dan Taman Lang Aman.
Pakej peralatan khas ini akan disediakan kepada pembeli baharu dan sedia ada di semua projek OSK Property, sekali gus memperluas peluang kepada lebih ramai pemilik rumah untuk menikmati pengalaman kediaman yang lebih sihat dan selesa.
Melalui inisiatif ‘Joy of Living’, OSK Property terus memperkukuh komitmen dalam menyediakan rumah yang bukan sahaja direka dengan baik, tetapi juga dilengkapi secara teliti bagi menyokong gaya hidup moden, kesejahteraan peribadi dan kesihatan harian.



