Otai’ UiTM sasar lima emas di KARISTA 2025

Otai’ UiTM sasar lima emas di KARISTA 2025
Otai’ UiTM sasar lima emas di KARISTA 2025

Thantawi dan Pendaftar UiTM, Nizam Nordin bersama sebahagian kontinjen PESUTIMA yang mengalas cabaran dalam KARISTA 2025.

KARNIVAL Sukan Staf UiTM (KARISTA) 2025 yang menyingkap tirai hari ini lebih meriah di Arau, Perlis dengan penyertaan julung kali Persatuan Pesara UiTM Malaysia (PESUTIMA).

Kontinjen 46 bekas staf itu berbekalkan motto PESUTIMA masih berbisa menyasarkan lima emas melalui acara boling, tenis, badminton serta golf.

Ketua kontinjen, Datuk Thantawi Jauhari Ahmad berkata, skuad bola sepak veteran juga diharap mampu mara sekurang-kurangnya ke suku akhir edisi kali ini.

Beliau juga menegaskan penyertaan golongan ‘otai’ itu lebih kepada menyambung silaturrahim dan memperkenalkan PESUTIMA.

KARiSTA 2025 merupakan acara dwitahunan yang menghimpunkan staf dari seluruh kampus UiTM di Malaysia bagi bertanding dalam pelbagai acara,

Ia sekali gus menjadi platform mengeratkan silaturahim selain memperkukuhkan jenama UiTM sebagai universiti unggul.

Scroll to Top