Ozlynn tegas soal batas pergaulan anak, perjelas teman rapat Ariq peluk Islam atas kehendak sendiri

Ozlynn tegas soal batas pergaulan anak, perjelas teman rapat Ariq peluk Islam atas kehendak sendiri

Pelakon Ozlynn menegaskan keputusan seorang wanita dikenali sebagai Giya untuk memeluk agama Islam tidak mempunyai kaitan dengan anaknya, Ariq.

Tegas soal batas pergaulan anak

Screenshot

Memetik laporan mStar, menurut Ozlynn, 44, keputusan itu dibuat atas kerelaan hati Giya sendiri selepas mendalami dan mencari kefahaman tentang agama tersebut. Dalam masa sama, Ozlynn memaklumkan dia telah menetapkan batas pergaulan antara Giya dan anaknya memandangkan mereka saling mengenali.

“Setakat ini Giya seorang budak yang baik cuma sekarang ini kami dalam proses untuk menjaga batas-batas apa yang boleh dan tidak boleh. Saya selalu tekankan kepada dia masuk Islam bukan sebab ini (hubungan cinta) tetapi atas kemahuan sendiri.
“Ya dia cakap masuk Islam sebab dah baca al-Quran, kawan-kawan sekelilingnya pun dah ramai masuk Islam jadi dia rasa Islam adalah agama yang kembali kepada fitrah.
“Dia masuk Islam atas kehendak sendiri dan bukannya kerana anak saya,” katanya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ozlynn berkata keluarganya menerima kehadiran Giya dengan baik dan bersedia membantu wanita tersebut untuk lebih memahami Islam.

“Kami menerima kehadiran dan sambut (Giya) dengan baik. Dia pula baru masuk Islam sebelum bulan puasa. Jadi kami menyantuninya, bawa dia rasa puasa dan raya bersama.
“Dia memang banyak bertanya kadang-kadang buat panggilan sebab nak tanya tentang agama Islam. Keluarga Johan pun dulu Kristian, baca bible jadi Johan tahu tentang agama lain sebelum ini.
“Senang untuk kita terangkan dia tentang Islam untuk difahami,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Ozlynn menjelaskan hubungan antara Ariq dan Giya hanyalah sekadar kawan dan belum sampai ke tahap percintaan yang serius.

“Kalau nak cakap sedang hangat bercinta tidak juga kerana mereka hanya berkawan. Sebagai ibu saya tidak pernah menghakimi pilihan anak.
“Anak saya yang akan menentukan masa depannya sendiri. Saya hanya beri sokongan moral dan nasihatkan cari orang baik.
“Untuk mengesahkan tentang hubungan cinta mereka rasanya belum lagi tetapi kalau hanya berkawan kami (Ozlynn dan Johan) okay. Mereka pun masih belajar lagi,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Pernah terima nafkah RM1, Ozlynn puji usaha Johan cari rezeki – “Dulu kais pagi, malam kadang tiada apa”

Pada Mac lalu, Giya meluahkan rasa gembira menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim selain merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong keputusannya itu.

Hubungan rapat antara Giya dan Ariq mula menjadi perhatian apabila mereka dilihat sering berkongsi video bersama secara terbuka sejak tahun 2024.

Sumber: mStar (Ain Norman)

Scroll to Top