Nampaknya, pelakon Pablo Amirul bakal melangkah ke fasa baru bersama kekasihnya Dr Hana Rose apabila mengumumkan akan mendirikan rumah tangga.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Pablo berkongsikan majlis pernikahan mereka akan diadakan pada 2 Februari depan.
BACA: Pablo Amirul Akui Banyak Kekurangan, Dr Hana Banyak Ubah Jadi Lebih Baik

“Maha suci Allah pada segala ketetapan hanya milikNYA … Maut, rezeki dan jodoh rancanglah sehebat mana pun tetapi tetap ALLAH SWT jugak yang pastikan..usaha,tawakal,doa & ibadah serta kebaikan adalah kesetiaan daripada hambaNYA,” tulisnya.
Perkongsian Pablo itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tumpang gembira serta mengucapkan tahniah.
Dalam pada itu, rakan-rakan artis turut mendoakan agar urusan untuk menuju gerbang perkahwinan dipermudahkan dan rumah tangga yang bakal dibina akan kekal bahagia.




