Padah cuba bunuh isteri guna bantal, lelaki dipenjara tiga tahun

MELAKA: Tindakan seorang pekerja pembersihan cuba membunuh isterinya dengan mencekik, memukul dan menekup muka mangsa menggunakan bantal menerima balasan selepas dikenakan hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Maziah Joary Tajudin menjatuhkan hukuman itu terhadap M.M. Paramasivam, 49, yang mengaku bersalah sejurus selepas tiga pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati melakukan cubaan bunuh terhadap isterinya, M. Santhi, 48, dengan cara menekup muka mangsa menggunakan bantal.