Pahang catat kadar purata penginapan 73% untuk tempoh Januari hingga Jun

Pahang catat kadar purata penginapan 73% untuk tempoh Januari hingga Jun

KUANTAN – Pahang telah mencatatkan Kadar Purata Tempoh Penginapan sebanyak 73% untuk tempoh Januari hingga Jun 2023.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Leong Yu Man berkata, statistik itu berdasarkan sumber diperolehi daripada Bahagian Perancangan Strategik Tourism Malaysia.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Leong Yu Man

“Data diperolehi menunjukkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di kedudukan kedua dengan purata 57.3%, Wilayah Persekutuan Putrajaya di kedudukan ketiga dengan purata 54%,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Yu Man berkata, kadar purata tempoh penginapan tertinggi di Malaysia itu menunjukkan respon positif peningkatan kedatangan pelancong ke Pahang.

Menurutnya, sehingga September tahun ini kedatangan pelancongan adalah sebanyak 9.04 juta orang dengan sasaran 13 juta pelancong pada tahun ini.

“Lima daerah  menunjukkan jumlah kedatangan pelancong yang memberangsangkan iaitu Bentong, Kuantan, Cameron Highlands, Temerloh dan Rompin,” katanya. – MalaysiaGazette

Scroll to Top