sukan@hmetro.com.my
Kuantan: Sembilan bidikan pingat emas menjadi sasaran terbaik buat 27 atlet kontinjen menembak Pahang yang akan bersaing pada temasya dwi tahunan Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026, Ogos depan.
Pada Sukma Sarawak 2024, Tok Gajah muncul juara keseluruhan acara menembak dengan merangkul 12 emas, lima perak dan empat gangsa.
Penyumbang terbanyak dengan tujuh pingat emas menerusi Cheah Zen Hong diikuti penembak wanita Pahang, Sayyeda Khadeeja yang meraih empat emas masing-masing dalam acara pistol individu dan berpasukan.
Jurulatih menembak, Mohd Noor Azli Nasir, berkata, 27 atlet yang terpilih mewakili Pahang berdiri daripada 13 Lelaki, 14 Perempuan.
Mereka bersaing dalam 18 acara yang menawarkan sebanyak 28 pingat emas.
Katanya, Pahang muncul juara keseluruhan acara menembak di Sukma Sarawak dua tahun lalu dengan meraih 12 emas, lima perak dan empat gangsa, namun dengan prestasi cemerlang itu diharapkan tidak terlalu memberi tekanan kepada atlet yang bersaing pada Sukma kali ini.
“Pasukan menembak Pahang kali ini mendapat bimbingan daripada jurulatih tempatan termasuk seorang luar negara (Rusia).
“Beberapa muka lama seperti Zen Hong masih lagi beraksi dan mungkin mampu menyumbang pingat emas.
“Semua atlet kini fokus pada latihan dalam usaha meningkatkan kekuatan fizikal dan mental untuk mencapai sasaran pingat yang ditetapkan,” katanya ditemui, selepas sesi latihan di Lapang Sasar Menembak Kompleks SUKPA Majlis Sukan Pahang (MSP), di sini, hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




