SHAH ALAM – Harga tanah industri yang jauh lebih rendah berbanding Selangor menjadi antara tarikan utama Pahang dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan ke negeri itu.
Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib berkata, harga tanah industri di sesetengah kawasan di Pahang boleh mencecah 10 kali lebih rendah berbanding Selangor.
Katanya, kelebihan itu disokong oleh jaringan logistik dan pengangkutan yang semakin baik, sekali gus membuka ruang lebih luas kepada pelabur untuk membangunkan kawasan industri baharu.
“Harga tanah industri kita secara purata 10 kali lagi rendah daripada Selangor di sesetengah tempat dan kita ada jaringan logistik serta pengangkutan yang semakin baik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian yang dihoskan oleh pelakon popular, Fikry Ibrahim, di Dewan Karangkraf di sini pada Jumaat.
AKAN MENYUSUL