Pak Nil Berjaya Buat Kutipan Kilat Sebanyak RM137k Bantu Anak Amyza Aznan | Trending – Oh! Media

Pak Nil Berjaya Buat Kutipan Kilat Sebanyak RM137k Bantu Anak Amyza Aznan | Trending – Oh! Media

Trending

Pak Nil berjaya kumpul RM137,127 bantu anak Amyza Aznan yang hidap kanser tulang.


Pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil berjaya mengumpul sebanyak RM137,127.90 hasil sumbangan orang ramai bagi membantu kos rawatan anak kepada pelakon Amyza Aznan yang menghidap kanser tulang.

Menerusi Instagram, Pak Nil kongsikam jumlah itu berjaya dikumpulkan dalam tempoh lebih 50 jam selepas tabung kilat Bantuan Adrian Adam dilancarkan menerusi akaun peribadinya.

Selepas lebih 50 jam tabung kilat Adrian Adam, anak kepada Amyza Aznan yang diuji dengan kanser tulang, wang terkumpul setakat ini adalah RM137,127.90.

Pan Nil akan serahkan semua wang kepada Amyza

Aznil berkata semua wang sumbangan itu akan dipindahkan terus ke akaun Amyza bagi tujuan rawatan Adrian dan keperluan keluarga.

Saya akan pindahkan semua wang ini kepada akaun Amyza.

Saya tahu wang ini sangat bermakna dan tahu kos rawatan untuk kanser bukan murah.”

Amyza sebak, tak mampu tahan air mata

Amyza

Dalam satu sesi podcast Kita Kita Aje, Amyza dilihat gagal menahan air mata apabila Aznil membacakan jumlah kutipan yang diterima.

Pelakon itu turut meluahkan rasa syukur dan terharu dengan keprihatinan rakyat Malaysia yang tampil membantu keluarganya.

Terima kasih kerana berada dalam kasut saya. Saya tidak minta semua ini. Saya hilang kata-kata.

Sebelum ini, Aznil turut mendapat pujian ramai apabila menunjukkan bukti dia mengosongkan akaun peribadinya sebelum memulakan kutipan dana tersebut sebagai tanda amanah dan ketelusan.

Pssttt! Kadang-kadang, bantuan kecil daripada ramai orang mampu menjadi harapan besar buat seseorang. Teruskan budaya membantu dan menyebarkan kebaikan.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top