“Maaf Kalau Saya Marah, Sakit Sangat” – Anwar Dakwa Peminat Agresif Cubit Bahagian Dada

“Maaf Kalau Saya Marah, Sakit Sangat” – Anwar Dakwa Peminat Agresif Cubit Bahagian Dada

Oh! Artis

Anwar BAB dedah jadi mangsa gangguan seksual selepas dicubit pada bahagian sensitif oleh peminat wanita.


Anwar BAB mendedahkan dirinya menjadi mangsa gangguan seksual ketika dikerumuni peminat yang mahu bergambar dengannya.

Menurut Anwar atau nama sebenarnya Anwar Sanjaya, kejadian itu berlaku apabila ada individu bertindak agresif sehingga mencubit bahagian sensitif tubuhnya dengan kuat. Difahamkan, perkara itu turut menyebabkan dia mengalami kecederaan ringan dan kesan lebam.

Anwar yang juga merupakan pengacara terkenal Indonesia itu meluahkan rasa kecewa dengan tindakan tidak sopan tersebut menerusi satu hantaran di Threads pada Jumaat.

Maaf kalau tadi saya agak marah. Ada sekumpulan wanita yang ingin bergambar, tiba-tiba ada tangan nakal yang cubit bahagian dada saya dengan kuat. Demi Allah, sakit sangat. Lagipun Tindakan itu memang tidak sopan sebenarnya.- Katanya.

Menurut Anwar lagi, kesan cubitan itu masih dirasai sehingga sekarang dan meninggalkan lebam pada tubuhnya.

Gurauan Anwar turut tarik perhatian netizen

Kredit Foto Anwar BAB

Dalam masa sama, Anwar sempat berseloroh mengenai kejadian yang menimpanya itu walaupun masih menahan sakit.

Lain kali tolong jangan buat seperti itu lagi. Lebih baik cuit kue tete (sejenis kuih di Indonesia) berbanding puting saya. Sampai berbekas sehingga sekarang kesan daripada cubitan itu.- Ujarnya.

Perkongsian tersebut kemudian mendapat perhatian ramai netizen yang turut bersimpati dengan apa yang berlaku terhadap pengacara itu.

Gangguan seksual bukan perkara normal

Kredit Foto Anwar BAB

Ramai netizen turut mengingatkan bahawa gangguan seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina dan tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan.

Malah, tindakan menyentuh tubuh seseorang tanpa izin juga dianggap tidak menghormati privasi individu tersebut walaupun melibatkan selebriti terkenal.

Pssttt! Kadang-kadang bila terlalu teruja jumpa artis atau influencer, ada yang terlupa batas dan adab. Korang kena ingat, bergurau atau menyentuh orang tanpa izin bukan benda kecil sebab ia boleh buat seseorang rasa trauma dan tidak selesa.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top