Aisha Retno Hadiahkan Lagu Buat Anak Amyza Aznan, Adrian Adam | Trending – Oh! Media

Aisha Retno Hadiahkan Lagu Buat Anak Amyza Aznan, Adrian Adam | Trending – Oh! Media

Trending

Aisha Retno hadiahkan lagu ketuhanan khas buat Adrian Adam.


Penyanyi dan komposer, Aisha Retno bakal menghadiahkan sebuah lagu istimewa buat anak pelakon Amyza Aznan, iaitu Adrian Adam yang kini sedang menjalani rawatan kanser tulang.

Menerusi satu hantaran di Era FM, Aisha Retro mendedahkan bahawa lagu tersebut bertemakan ketuhanan dan dibuat khas untuk Adrian menerusi satu panggilan video.

Lagu ini adalah hadiah. Kalau sudi nak terima lagu ini, ia bertemakan ketuhanan. Saya rasa tak sabar pula nak bagi lagu ini dan saya yakin awak akan suka.

Aisha Retno turut beri kata-kata semangat buat Adrian Adam

Ohmedia aisha Retno

Dalam masa sama, Aisha turut memberikan kata-kata semangat agar Adrian terus kuat menghadapi ujian hidup.

Adrian kena sentiasa positif. Kena sentiasa buat ibu bangga ya!

Rakaman sudah dimulakan

Perkembangan itu turut dikongsikan stesen radio Era FM yang memaklumkan proses rakaman demo lagu berkenaan sudah pun dimulakan.

Tak sabar nak dengar hasil lagu Aisha untuk adik Ian.

Pssttt! Kadang-kadang sokongan kecil dan kata semangat mampu memberi kekuatan besar buat seseorang yang sedang diuji. Teruslah menyebarkan kebaikan.

Kredit: Era FM
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top