Paksa gugurkan kandungan, selebriti terkenal didakwa hamilkan anak orang

Paksa gugurkan kandungan, selebriti terkenal didakwa hamilkan anak orang

Tiada angin tiada ribut, hari ini kecoh di media sosial apabila seorang wanita mendakwa dirinya hamil selepas menjalinkan hubungan dengan penyanyi yang juga pelakon lelaki popular tanah air.

Wanita terbabit tanpa mendedahkan nama artis lelaki tersebut menerusi hantaran TikTok mendakwa, dirinya dibiarkan ‘terkontang-kanting’ selain memaksa dirinya untuk mengugurkan kandungan.

“Saya telah dihamilkan oleh seorang artis Malaysia (individu bukan rakyat Malaysia). Kemudian dipaksa untuk gugurkan kandungan. Dia meninggalkaj saya dan tidak bertanggungjawab . Tolong saya,”tulisnya.

Tambah wanita itu, dia juga sudah cuba menghubungi ibu artis berkenaan tetapi malangnya mendapat reaksi negatif kerana mereka enggan bertanggungjawab atas perbuatan anak mereka.

Wanita berkenaan turut memuat naik tangkap layar perbualan dalam WhatsApp di antara ibunya dengan ibu aktor berkenaan. Namun, dibalas acuh tidak acuh seperti melepaskan tangan dalam keadaan pasrah.

Dedahnya lagi, keluarga selebriti berkenaan adalah orang kenamaan dan berharta serta mempunyai pengaruh kuat.

Lantaran itu, bapa kepada selebriti berkenaan tidak dapat menerima berita kehamilan luar nikah hasil hubugan anaknya bersama wanita lain.

Difahamkan, artis terbabit sebelum ini juga kerap dipalit kontroversi, namun tidak pernah membuat sebarang penjelasan mengenainya.

Sementara itu, wanita terbabit menyatakan dia tidak dapat menggunakan khidmat guaman kerana ia melibatkan kos yang agak tinggi selain tidak mampu melawan pengaruh keluarga lelaki terbabit.

Pendedahan itu dibuat setelah dirinya tidak dapat lagi berdiam diri apabila diperlakukan seperti tiada nilai.

Sumber: TikTok @shrimpippy8621p

Tinjauan di ruangan komen juga mendapati rata-rata netizen menyarankan wanita itu menggunakan saluran undang-undang untuk menuntut haknya.

Namun, dia tidak dapat berbuat demikian berikutan kos guaman yang agak tinggi.

Difahamkan, artis lelaki terbabit sebelum ini kerap dipalit kontroversi, namun tidak pernah membuat penjelasan mengenainya.

 

Scroll to Top