Parodi brader baju merah bikin lawak, acah samseng tapi beri ‘mini love’

Parodi brader baju merah bikin lawak, acah samseng tapi beri ‘mini love’

Pantang tular isu kontroversi dalam kalangan netizen, segelintir individu mengambil peluang bagi menunjukkan bakat kreatif mereka dengan menghasilkan parodi berunsurkan jenaka di media sosial.

Terbaharu, seorang pengguna aplikasi TikTok dikenali sebagai Wandy Aziz membuat video parodi aksi seorang lelaki berbaju merah yang berlagak samseng terhadap seorang pemandu wanita.

@wandyaziz

Siapa yg nk kene marah dgn sy???😁😁😁#askskincaremalaysia #freepalestine🇵🇸❤️

♬ original sound – Wandy Aziz – Wandy Aziz

Menerusi sebuah video dimuat naik, Wandy dilihat mengetuk cermin pintu kereta pemandu wanita sekali gus memarahi dan menegur cara pemanduan di atas jalan raya.

Selepas puas memarahi, dia kemudian meminta wanita tersebut menanggalkan kaca mata sebelum menunjukkan isyarat ‘mini love’ dan tidak mengasari ‘mangsa’.

Rakaman berdurasi 51 saat tersebut meraih satu juta tontonan serta 46,600 tanda suka selain lebih 7,300 komen netizen yang rata-rata terhibur melihat yang dilakonkan itu.

Segelintir individu menyifatkan cara berkenaan sebaliknya adalah untuk memikat hati wanita yang boleh membawa hubungan berakhir ke jenjang pelamin.

Terdahulu, tular video memaparkan tindakan seorang lelaki menunjal kepala pemandu wanita dipercayai akibat perselisihan faham di jalan raya dalam berhampiran Lata Iskandar dekat Tapah, Ipoh pada Isnin.

Bagaimanapun, lelaki berusia 29 tahun itu sudah direman tiga hari bermula hari ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323/506/509 Kanun Keseksaan.

Sumber: TikTok @wandyaziz