RATU terjun negara, Datuk Pandelela Rinong hari ini menjelaskan isu ‘entiti’ dengan menyatakan bahawa kata-katanya itu telah disalah tafsir oleh media sehingga menimbulkan spekulasi dan salah faham.
“Isu-isu ini berkaitan dengan latihan. Walau bagaimanapun, ia telah diterjemahkan kepada istilah seperti ‘entiti’ dan ‘pihak ketiga,’ yang sangat mengelirukan orang ramai.
“Saya tidak mempunyai sebarang platform lain untuk menjelaskan perkara ini kepada orang ramai.
“Oleh itu telah memutuskan untuk membuat kenyataan ini bagi menjelaskan keadaan.



