Baru-baru ini, tular satu hantaran di media sosial yang mengundang kemarahan ramai apabila seorang individu dipercayai guru menghina mangsa tragedi bas ekspres melibatkan 15 penuntut UPSI.
BACA: “Salah Brek Juga Ke?” – Peguam Bidas Pemandu Bas UPSI, Dedah 6 Bukti Kukuh Kecuaian!
Tindakan itu telah mendapat perhatian aktivis pendidikan terkenal, Mohd Fadli Salleh yang menggesa tindakan tegas diambil.
“Tak tahu macam mana dia mengajar di sekolah kalau gini perangainya”

Beliau memohon agar Kementerian Pendidikan Malaysia dan YB Fadhlina Sidek menjalankan siasatan terhadap individu tersebut yang dikenali sebagai Khalid Yunus.
Lelaki itu didapati mengeluarkan kenyataan keterlaluan mendakwa pelajar UPSI meninggal dunia dalam keadaan hina kerana berhutang dengan PTPTN.
Hina institusi dan arwah pelajar

Lebih melampau, individu itu turut menggunakan kata-kata kesat serta menghina nama institusi UPSI dan pelajarnya dengan menyifatkan mereka sebagai “takbur” dan mempermainkan akronim UPSI.

Fadli turut menyarankan orang ramai untuk membuat laporan SISPAA bagi tindakan lanjut kerana tidak boleh dibayangkan jika guru seperti ini mendidik anak-anak di sekolah.

Terbaru, Fadli mendakwa individu tersebut mengalami masalah mental dan sepatutnya tidak berada dalam persekitaran sekolah.
Beliau menyeru keluarga dan individu terdekat untuk segera membawa Khalid mendapatkan rawatan.
Pssttt! Jika benar individu ini menghidap masalah mental serius seperti skizofrenia, pihak berwajib perlu segera mengambil tindakan sewajarnya demi keselamatan semua.
Kredit: Facebook Mohd Fadli Salleh
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
![]()
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.