PAS sokong, terima Parti Wawasan Negara sertai PN

PAS sokong, terima Parti Wawasan Negara sertai PN

am@hmetro.com.my

Tanah Merah: PAS menyokong dan menerima Parti Wawasan Negara untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, PAS bersikap terbuka dan tiada masalah untuk menerima parti itu dalam PN.

Katanya, Pengerusi PN kini daripada PAS dan parti itu akan terus usahakan untuk kekal sebagai PN.

“PAS menyokong dan menerima Parti Wawasan Negara untuk menyertai PN. Kerjasama antara PAS dengan Parti Wawasan Negara ini bukan satu jajaran baharu, sebaliknya kita memperkemaskan apa yang sudah sedia ada. Kita akan aktifkan lagi PN.

“PAS bersetuju menerima Parti Wawasan Negara dalam PN kerana PAS terbuka. Ia selepas perlembagaan majoriti parti komponen bersetuju terima Parti Wawasan Negara.

“Prosesnya ialah apabila parti yang ingin memohon masuk dalam PN, ia perlu membuat permohonan dan kita akan bawa ke dalam mesyuarat,” katanya pada sidang media selepas Konvesyen RESET Malaysia di Tapak Ekspo Kota Harmoni di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau, Pengasas Gerakan RESET, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Pengerusi PN Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Abdul Hadi berkata, namun terpulang kepada parti yang satu lagi (BERSATU) sama ada mahu kekal atau parti itu ingin mengeluarkan diri daripada PN.

“Kita dah berpisah dengan BERSATU dan terpulang kepada parti itu, sama ada nak keluar atau nak lari kerana itu hal dia,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top