saiful.haizan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: PAS tetap konsisten bersama Perikatan Nasional (PN) walaupun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah meletak jawatan.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad, berkata pada masa yang sama parti itu turut mendokong sepenuhnya Muafakat Nasional (MN) yang digagaskan bersama UMNO.
Katanya, pendirian itu adalah selari dengan kekuatan PAS yang memiliki 18 kerusi Parlimen sekali gus mampu menentukan jatuh dan tertegaknya sesebuah kerajaan.
“Pendirian PAS adalah jelas, setakat ini PAS akan tetap bersama PN dan akan mendokong sepenuhnya MN yang menjadi penyelamat daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan
“Kita konsisten sehingga hari ini, Insya-Allah. Apa sahaja tindakan kita selepas ini, kita tetap bersama PN,” katanya kepada BH, hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




