Pasangan Doktor Ditahan Disyaki Berkhalwat, 20 Minit Menyorok Dalam Rumah Sewa

Pasangan Doktor Ditahan Disyaki Berkhalwat, 20 Minit Menyorok Dalam Rumah Sewa

Oh! Tidak

Pihak berkuasa terpaksa menunggu 20 minit kerana mereka enggan buka pintu.


Sepasang individu yang dipercayai menjalin hubungan istimewa dan bekerja sebagai doktor ditahan pihak berkuasa agama selepas dipercayai berdua-duaan dalam sebuah rumah di Taman Semabok Perdana, Melaka.

Lapor Malaysia Gazette, mereka ditahan sekitar jam 3.43 petang oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas disyaki melakukan khalwat di rumah teres satu tingkat.

Hampir 20 minit elak buka pintu

Sebelum ditahan, beberapa pihak termasuk imam, polis, penduduk taman dan media berkumpul di hadapan rumah tersebut.

Namun, pasangan itu enggan membuka pintu dan dilaporkan terus bersembunyi di dalam rumah selama hampir 20 minit.

Sebaik anggota penguat kuasa tiba, barulah pintu rumah dibuka dan pasangan itu berjaya ditahan untuk siasatan lanjut.

Cuba pertikai pemeriksaan kediaman

Foto Malaysia Gazette Reza A Hamid

Difahamkan, doktor lelaki terbabit dilihat tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa memeriksa unit kediaman itu yang disewanya bersama dua lagi rakan lelaki lain, yang ketika itu tiada di rumah.

Lapor Malaysia Gazette lagi, serbuan dibuat selepas pihak berkuasa menerima aduan daripada penduduk.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada JAIM berhubung status lanjut kes berkenaan.

Pssttt! Kalau dah tahu diri dikenali dan dihormati, jangan sampai tindakan sendiri mencetuskan tanggapan buruk. Lebih baik elak dari awal daripada perlu menjawab di kemudian hari. Jaga nama, jaga maruah.

Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top