harisfadli@hmetro.com.my
Shah Alam: Seramai 11 pegawai dan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berlepas bagi menyertai misi kemanusiaan ke Nepal, hari ini.
Pasukan penyelamat Malaysia itu berlepas dari Pangkalan Udara (PU) Subang bersama pelbagai kelengkapan termasuk alat komunikasi, dengan menaiki sebuah pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kira-kira 9 pagi tadi.
Mengetuai misi kemanusiaan itu ialah Komander SMART, Abdul Manaf Che Isa.
Penerbangan dijangka mengambil masa lima jam.
© New Straits Times Press (M) Bhd
