KUALA LUMPUR – Kehadiran Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Khamis mencuri tumpuan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Setar tiba kira-kira jam 9 pagi sebelum menyertai perarakan masuk ke dalam dewan mengiringi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.
Afnan Hamimi pada Rabu mengesahkan beliau akan menghadiri perhimpunan tahunan terbesar UMNO itu.
Beliau berkata, kehadiran tersebut adalah bagi membalas jemputan yang diberikan oleh sayap Pemuda UMNO selepas wakil mereka menghadiri Muktamar Pas minggu lalu.
Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 akan berlangsung empat hari bermula Rabu sehingga Sabtu ini.