PayLater bantu lanjutkan pembayaran sehingga ansuran 6 bulan

PayLater bantu lanjutkan pembayaran sehingga ansuran 6 bulan

TERLEPAS jualan dalam talian yang menawarkan diskaun besar untuk tempoh terhad disebabkan ketiadaan wang atau kad kredit pastinya merugikan.

Namun, ada daripada kita menghitung hari gaji sehingga terpaksa melepaskan peluang sebegitu bagi mengurangkan kos perbelanjaan hidup dan menguruskan kewangan lebih baik.

Dengan penyelesaian PayLater, anda dapat menguruskan aliran tunai anda secara fleksibel untuk memanfaatkan jualan dalam talian tersebut.

Jadi, tidak menghairankan bahawa 17 peratus rakyat Malaysia dilaporkan telah menggunakan PayLater dan 46 peratus merancang untuk menggunakannya lagi.

Boost PayFlex™ penyelesaian PayLater patuh syariah

Diperkenalkan oleh Boost, peneraju fintech (teknologi kewangan) tempatan yang beroperasi di serantau Asia Tenggara, Boost PayFlexTM adalah salah satu penyelesaian PayLater patuh syariah yang paling komprehensif dan meluas yang terdapat di pasaran.

Menerusi Boost PayFlex™, pengguna boleh melanjutkan tempoh pembayaran sehingga ansuran enam bulan dan ia boleh digunakan di lebih 1.8 juta peniaga DuitNow QR di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Boost PayFlex™ juga boleh digunakan untuk menambah wang ke baki dompet di aplikasi Boost dan memperluaskan pilihan PayLater kepada semua transaksi di aplikasi tersebut.

Ini termasuk pembayaran bil dalam aplikasi untuk lebih 50 pengebil (Tenaga Nasional Berhad, Indah Water, CelcomDigi, Astro, dan lain-lain) di Boostbills, membeli-belah dalam talian dengan Lazada dan Shopee, penghantaran makanan dengan Foodpanda, dan banyak lagi.

Pembiayaan patuh syariah disediakan secara bertanggungjawab

Menyedari keperluan semasa dalam pasaran PayLater, di mana terdapat trend peningkatan pembayaran lewat dalam kalangan penyedia perkhidmatan lain, Boost komited untuk melaksanakan amalan pembiayaan yang bertanggungjawab.

Sebagai peneraju fintech yang dipercayai dan mempunyai pengalaman luas dalam segmen pasarannya, Boost memastikan pelanggan diberikan tawaran garis kredit PayLater yang terkawal dan patuh Shariah serta disesuaikan berdasarkan penilaian kemampuan individu.

Selain itu, semua yuran dan jadual pembayaran juga dinyatakan dengan jelas untuk membantu pelanggan membuat keputusan yang tepat.

Dengan cara ini, pelanggan yang menggunakan Boost PayFlexTM dilindungi daripada beban hutang berlebihan, lalu menyumbang kepada ekosistem kewangan yang lebih stabil dan memberi manfaat kepada pengguna dan ekonomi secara keseluruhan.

Nikmati ganjaran hebat untuk penjimatan yang lebih besar

Selain memberikan akses yang lebih meluas kepada pembayaran fleksibel melalui Boost PayFlex™, penyelesaian PayLater ini juga membantu memaksimumkan kegunaan dana anda.

Bagi setiap ringgit yang dibelanjakan melalui Boost PayFlex™, pengguna akan mendapat sehingga tiga Boost Stars, bergantung pada pangkat BoostUP mereka. 

Boost Stars yang dikumpul ini adalah “seperti wang tunai’ kerana ia boleh ditebus untuk penjimatan dan ganjaran tambahan.

Dengan menggunakan Boost Stars, pengguna boleh menikmati diskaun sehingga RM10 bagi setiap bil melalui ‘Pay With Stars’ di BoostBills, sehingga RM210 baucar ‘Partner Wallet’ untuk minyak petrol, barang runcit, dan membeli-belah dalam talian di ‘BoostUP Rewards Catalogue’ dan banyak lagi*.

Selain itu, Boost turut menawarkan pelbagai promosi untuk memberikan lebih banyak penjimatan.

Mulai sekarang hingga 28 April 2024, pengguna Boost PayFlexTM yang menyelesaikan ‘Misi Raya Boost’ di ‘Boost Missions’ berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada lima pemenang hadiah utama skuter elektrik pintar R1 Blueshark.

Tidak cukup dengan itu, Boost juga akan memberikan baucer Duit Raya Boost Wallet bernilai RM100 serta pakej ganjaran Raya bernilai lebih daripada RM100* kepada 10 pemenang mingguan.

Selain itu, pengguna baru Boost yang mengaktifkan Boost PayFlex™ dari sekarang hingga 30 April 2024 akan menerima RM10 cashback (terhad kepada 100,000 penuntutan pertama) dalam bentuk baucer Boost Wallet dengan perbelanjaan minimum RM150*. 

Bukan itu sahaja, pengguna baru Boost PayFlexTM yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM150 melalui pilihan PayLater ansuran 3 dan 6 bulan juga akan diberi ganjaran tambahan 10,000 Boost Stars*.

Promosi ini adalah terhad kepada 1,000 penuntutan pertama yang terawal, jadi jangan lepaskan peluang ini dan sertai sekarang.

Tiga langkah mudah untuk mohon Boost PayFlex™

Langkah 1: Pada aplikasi Boost, klik  “Boost PayFlex”

Langkah 2: Pilih “Apply Now” (pastikan anda telah menyelesaikan pengesahan E-KYC anda terlebih dahulu dengan menaik taraf ke akaun dompet premium Boost, secara percuma)

Langkah 3: Masukkan butiran permohonan dan klik hantar

Untuk maklumat lanjut mengenai Boost PayFlex™, klik di sini.

Istimewa buat pelanggan CelcomDigi

Jika anda adalah pengguna CelcomDigi, anda boleh menikmati akses yang lebih besar untuk menggunakan Boost PayFlex™ melalui Beyond Card.

Image

Kad inovatif ini merupakan kad prabayar antarabangsa dengan PayLater pertama di Malaysia yang diterima di lebih 100 juta peniaga Mastercard seluruh dunia, sama ada dalam talian atau luar talian.

Apa yang unik mengenai Beyond Card adalah fungsi inovatif yang membolehkan pengguna memilih opsyen bayar-sekarang (Pay-Now) atau bayar-kemudian (PayLater) sehingga 3  bulan (dengan pilihan PayLater enam bulan akan datang bagi Beyond Card tidak lama lagi), yang dikuasakan oleh ciri Boost PayFlex™.

Selain daripada mendapati Boost Stars apabila menggunakan fungsi PayLater, Beyond Card juga menawarkan pelbagai tawaran, kerana ia merupakan kad pertama di rantau ini yang menyediakan Mastercard Travel Rewards.

Beberapa tawaran membeli-belah dalam talian yang tersedia termasuk  cashback untuk Lazada, Shopee, Zalora, Nike, Adidas, Lululemon, Charles dan Keith, Michael Kors, Swarovski, dan lain-lain. 

Selain itu, pengguna yang berjaya memohon untuk Beyond dari sekarang hingga 30 April 2024, akan menerima ais krim Inside Scoop percuma (satu scoop), melalui baucer Partner Wallet di aplikasi Boost.

Image

Mohon Beyond Card sekarang di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Boost PayFlex™, sila layari laman sesawang Boost atau muat turun aplikasi Boost di App Store dan di Google Play.

*Tertakluk kepada terma dan syarat. 

© New Straits Times Press (M) Bhd