PDRM Kesan Individu Didakwa Bersubahat Dengan Juruterbang Seludup Dadah | Oh! Tidak – Oh! Media

PDRM Kesan Individu Didakwa Bersubahat Dengan Juruterbang Seludup Dadah | Oh! Tidak – Oh! Media

Oh! Tidak

PDRM kenal pasti individu di KLIA yang dipercayai berkait kes juruterbang seludup dadah ke Indonesia.

Prosedur pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bakal diperketatkan susulan kes seorang juruterbang Malaysia ditahan di Indonesia.

Langkah itu dibuat selepas juruterbang berkenaan disyaki menyeludup dadah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, Rabu lalu.

BACA: Disyaki Bawa Dadah, Juruterbang Lepasi Semua Saringan Di KLIA Sebelum Ditahan Di Jakarta

PDRM kenalpasti petugas KLIA bersubahat

Kredit Foto Janaan AI

Polis Diraja Malaysia memaklumkan seorang individu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes juruterbang seludup dadah itu sudah dikenal pasti.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat setakat ini dan individu tersebut akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Buat masa ini kita sudah kenal pasti seorang individu berumur 30-an yang bertugas membuat saringan di pintu masuk.

Kita akan panggil dia dalam masa terdekat untuk membantu siasatan dan kalau ada keperluan kita akan lakukan tangkapan.- Katanya.

Saringan dilakukan secara berperingkat

Kredit Foto Janaan AI

Menurut Hussein, pengembara di KLIA perlu melalui prosedur pemeriksaan yang mempunyai empat peringkat saringan.

Saringan pertama dilakukan secara automatik menggunakan sistem imbasan. Sekiranya tiada perkara mencurigakan dikesan, pengembara tidak akan dibawa ke pemeriksaan seterusnya.

Namun, sekiranya sistem atau pemerhatian pihak berkuasa mengesan sesuatu, individu berkenaan akan dibawa ke saringan kedua dan ketiga.

Prosedur pemeriksaan bakal diperketat

Kredit Foto Janaan AI

PDRM turut mengadakan mesyuarat bersama Kementerian Pengangkutan bagi membincangkan prosedur pemeriksaan keselamatan di KLIA.

Hasil perbincangan itu, semua pihak bersetuju terdapat keperluan untuk mengetatkan atau menambah prosedur pemeriksaan sedia ada.

Langkah berkenaan diambil bagi memastikan proses saringan di KLIA dapat dilakukan dengan lebih ketat selepas berlakunya kes tersebut.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top