PDRM langkah kanan di Cheras

PDRM langkah kanan di Cheras

Bruno Suzuki meletakkan PDRM di depan. – Foto MFL

PDRM FC menyingkap saingan suku akhir pertama Piala Cabaran langkah kanan apabila menewaskan kelab Kuala Lumpur Rovers, 2-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras pada Isnin.

The Cops kendalian, Datuk Yunus Alif yang merupakan pasukan pilihan menguasai rentak permainan biarpun beraksi di laman lawan.

Bagaimanapun beberapa percubaan berbahaya The Cops terutamanya menerusi rangkaian jentera serangan gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan.

Biarpun tampil bukan pilihan anak buah Wan Mustapa Wan Ibrahim tetap menghadirkan ancaman terhadap gawang The Cops yang dikawal Mohamad Ramadhan Ab Hamid.

Antara aksi menarik perlawanan sku akhir pertama Piala Cabaran, Kuala Lumpur Rovers menentang PDRM di Cheras, pada Isnin. - Foto MFL

Antara aksi menarik perlawanan sku akhir pertama Piala Cabaran, Kuala Lumpur Rovers menentang PDRM di Cheras, pada Isnin. – Foto MFL

Gawang Kuala Lumpur Rovers yang dikawal Ameerul Eqhwan Mohd Fauzi akhir bolos hasil jaringan Bruno Suzuki yang meledak dengan gol pada minit ke-13.

The Cops kemudian melebarkan jaringan kali ini menerusi Nabil Ahmad Lufti dengan gol pada minit ke-25.

Kuala Lumpur Rovers yang tidak mengalah merapatkan jurang Ikmal Idris pada minit ke-37 untuk kedudukan 2-1.


PIALA CABARAN 2023

Keputusan Suku Akhir Pertama

Kuala Lumpur Rovers 1-2 PDRM FC

Kelantan United 7-0 Kelantan FC