mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Polis turut menyiasat dakwaan kehilangan Datin Seri Pamela Ling Yueh, sama ada dia dilarikan oleh pihak polis atau individu yang menyamar sebagai pegawai polis.
Fakta ini diperoleh daripada saksi iaitu pemandu e-hailing yang membawa Pamela ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, pada tengah hari 9 April lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sedia maklum mengenai dakwaan yang menyatakan bahawa Pamela dilarikan oleh individu yang memakai vest bertulis polis namun siasatan lanjut sedang dijalankan.
Menurutnya, siasatan semasa kejadian juga turut mengambil kira rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.
“Pada masa ini semua maklumat dan keterangan daripada saksi-saksi yang dipanggil termasuk kenyataan daripada pemandu e-hailing yang membawa Pamela sedang dikumpulkan.
“Kita (PDRM) juga turut masih menyiasat informasi yang menyatakan mangsa dilarikan oleh individu berpakaian seragam atau vest polis.
“Pihak polis masih meneliti sama ada dia dilarikan oleh polis sebenar atau individu yang menyamar sebagai polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Razarudin berkata, pihaknya tidak dapat mendedahkan lagi secara terperinci berhubung siasatan kes kehilangan Pamela kerana dikhuatiri boleh menjejaskan sebarang perancangan dan tindakan susulan yang bakal diambil selain siasatan yang ada.
“Pada masa ini, saya sudah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk membantu Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam siasatan kes berkenaan sekaligus menjejaki keberadaan Pamela.
“Pihak Bukit Aman dan Kontinjen Kuala Lumpur sedang meneliti segala fakta dan petunjuk yang ada dalam mengesan mangsa,” katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada penculikan Pamela ini dirancang oleh pihak tertentu disebabkan aset dan harta yang dimiliki namun sebaliknya tidak menolak kemungkinan kes ini dirancang untuk mewujudkan kesalahan pada pasukan SPRM dan PDRM.
Datin Seri Pamela diculik individu menyamar polis?
Kehilangan Pamela, SPRM serah siasatan kepada polis
Kronologi kehilangan Datin Seri Pamela Ling
Tiada yang hubungi minta wang tebusan – Bapa Pamela Ling
Pegawai penyiasat SPRM tunggu tapi Pamela tak muncul
Polis siasat kes kehilangan wanita sebelum sempat hadir ke pejabat SPRM
Wanita dalam perjalanan ke SPRM hilang sejak 9 April lalu
@hmetromy Kronologi kehilangan Datin Seri Pamela Ling
© New Straits Times Press (M) Bhd