Pearly-Thinaah fokus satu demi satu

Pearly-Thinaah fokus satu demi satu

Pearly (kanan) dan Thinaah ketika menjalani sesi latihan bagi menghadapi Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena. Foto Bernama

GANDINGAN beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M Thinaah, meletakkan harapan untuk bebas kecederaan apabila gelanggang Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia menyingkap tirai pada Selasa.

Malah, Pearly yang pernah mengalami kecederaan termasuk kecederaan bahagian belakang sebelum ini mahu memulakan musim baharu dengan rentak positif bagi memburu mata untuk kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.

Katanya, dia dan Thinaah yang teruja untuk menampilkan persembahan bertenaga berharap dapat berikan aksi terbaik dan saling menyokong antara satu sama lain.

“Setakat ini kondisi tubuh semakin baik dan membuatkan saya lebih yakin. Tetapi sudah tentu saya memerlukan lebih banyak buat senaman atau latihan untuk kekalkan kecergasan badan supaya dapat bermain lebih bagus.