Pekerja nafi nasi ayam & itik tak halal, tunjuk proses semua masak sendiri

Pekerja nafi nasi ayam & itik tak halal, tunjuk proses semua masak sendiri

Sejak kelmarin, kecoh mengenai dakwaan peniaga Islam yang mengambil bekalan nasi ayam dan itik dari restoran bukan halal sebelum dijual semula kepada pelanggan di Sungai Ara, George Town.

Disebabkan β€˜nasi sudah menjadi bubur’, pekerja mereka tampil membuat penjelasan berhubung video yang tular memaparkan dua pemuda Islam berada di restoran bukan halal tersebut.

Menerusi satu perkongsian video @matrukun7 di aplikasi TikTok, pekerja wanita menunjukkan proses penyediaan makanan yang dimasak sendiri dan bukan diambil dari restoran bukan halal.

@matrukun7

entah sapa yg salah..😁#fyp #viral

♬ bunyi asal – 𝓢π“ͺ𝓽 𝓻𝓾𝓴𝓾𝓷 – 𝓢π“ͺ𝓽 𝓻𝓾𝓴𝓾𝓷

Difahamkan, pekerja memasak di sebuah premis yang beroperasi di Gurney Plaza sebelum membawanya untuk dijual di kedai di Kampung Baru, Sungai Ara.

Sementara itu, rakaman berdurasi enam minit itu turut mendapat penjelasan daripada dua pemuda terbabit yang memaklumkan mengapa mereka berada di restoran bukan halal berkenaan.

β€œKami minta maaf kalau menimbulkan was-was, memang salah kami. Nampak kami drop barang kat kedai tu, minta tolong mereka basuh.Β 
β€œBiasanya kalau makanan tak habis, memang kami bagi kat kedai tu.. owner bagi makan kat anjing macam tu la.
β€œDakwaan kami ambil bekalan makanan dari situ, memang tak betul sebab kami dan pekerja lain masak sendiri.
β€œDulu kami kerja kilang dengan dia (owner bukan Islam), dia juga jual nasi ayam dan itik. Dari situ kami belajar resipi (cara masing-masing),” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dilihat masih tidak berpuas hati dan meragui penjelasan diberikan pekerja selain kenyataan didakwa seperti berputar belit.

Berdasarkan laporan media sebentar tadi, kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menjalankan siasatan lanjut berhubung isu tersebut.

Sumber: TikTok @matrukun7 , Facebook Muhammad Zuhair Aqil