Trending
Pelakon suara terkenal Peter Cullen, yang menghidupkan watak Optimus Prime dalam Transformers, meninggal dunia pada usia 85 tahun.
Pelakon suara legenda yang menghidupkan watak Optimus Prime dalam francais Transformers, Peter Cullen, dilaporkan meninggal dunia pada usia 85 tahun.
Menurut laporan Harian Metro, Peter menghembuskan nafas terakhir di kediamannya semalam. Punca kematiannya bagaimanapun masih belum diketahui.
Pergi dengan tenang di sisi keluarga

Keluarga Peter memaklumkan bahawa mendiang menghembuskan nafas terakhir dengan tenang dan dikelilingi ahli keluarga tercinta.
Peter Cullen pergi dengan tenang, dikelilingi keluarga tercinta dan sentiasa kekal di hati rakan-rakan serta peminat di seluruh dunia.
Pihak keluarga meminta anda menghormati peninggalan legasi luar biasanya dengan berbakti kepada komuniti serta memimpin orang lain dengan belas kasihan, integriti dan kesetiaan, di samping sentiasa ingat pesanan ‘jadilah individu yang cukup kuat untuk berlemah lembut’.
Peter mula meminjamkan suaranya kepada watak Optimus Prime, ketua Autobots, menerusi siri animasi asal Transformers pada era 1980-an.
Beliau kemudiannya kembali menggalas watak sama dalam francais filem Transformers arahan Michael Bay.
Dalam filem pertama Transformers, Peter turut menyampaikan ucapan ikonik Optimus Prime pada babak akhir yang terus dikenang peminat.
Bukan hanya Optimus Prime

Selain Optimus Prime, Peter turut terkenal menerusi pelbagai watak suara lain.
Antaranya ialah Predator dalam filem Predator (1987), Eeyore dalam Winnie The Pooh, Monterey Jack dalam Chip ’n Dale Rescue Rangers dan KARR dalam Knight Rider.
Mendiang juga pernah menjadi suara latar Mario menerusi siri animasi asal Donkey Kong pada era 1980-an.
Pemergian Peter Cullen pastinya meninggalkan kesan besar kepada dunia animasi dan suara latar, khususnya buat generasi yang membesar dengan suara ikonik Optimus Prime.
Nota Oh! Media:
Legasi seseorang bukan hanya diukur melalui usia, tetapi melalui kesan yang ditinggalkan kepada orang lain. Terima kasih Peter Cullen kerana menghadirkan suara dan karakter yang menjadi sebahagian daripada kenangan jutaan peminat di seluruh dunia.
Sumber: Harian Metro
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
