Pemain gitar kumpulan Spider, Hanafi Hamdan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, sekitar jam 3 pagi, hari ini.
Hanafi atau Napie yang juga jurutera bunyi di Studio Luncai Emas milik Datuk M Nasir itu dikatakan diserang angin ahmar pada 16 Julai lalu.
Jenazah akan dibawa ke Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, Rawang untuk dikafan dan disolatkan.
Jenazah juga dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Country Homes selepas solat Jumaat.

Sebelum ini, media melaporkan Napie mengalami serangan angin ahmar ketika sedang bekerja di studio berkenaan.
Ketika kejadian, dia turut ditemani anak M Nasir iaitu Hidayat.
Selain Napie, Spider turut dianggotai Tam (penyanyi, gitar) dan Aie (dram).
Sebelum itu, Spider kehilangan pemain bass mereka, Tony Iskandar yang ditemui meninggal dunia di studio rakaman berkenaan pada 30 Jun 2021.
Sumber: Harian Metro




