Pemain KDA terima sumbangan? Sanusi ucap terima kasih, tegas tak pernah lepas tangan langsai hutang

Pemain KDA terima sumbangan? Sanusi ucap terima kasih, tegas tak pernah lepas tangan langsai hutang

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi ucap terima kasih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggerakkan tabung Aidilfitri untuk membantu pemain bola sepak negeri itu berjumlah RM200,000.

Beliau berkata, kerajaan negeri dan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) khususnya amat menghargai pihak-pihak yang membuat kebaikan di Kedah.

Pun begitu, beliau menegaskan kerajaan negeri tidak pernah lepas tangan membantu pasukan Kedah Darul Aman (KDA FC) dan sehingga kini masih melangsaikan hutang terkumpul berjumlah RM30 juta yang ditinggalkan kepimpinan terdahulu.

“Untuk makluman, pihak saya juga menanggung hutang pasukan sebanyak RM200,000 yang masih dibayar setiap bulan hingga kini. Jadi jangan kata saya atau KFA tak tolong dan sebenarnya kita juga tolong.
“Bila kita buat kebajikan dan kebaikan, kita dapat pahala. Jika kita buat kebajikan sikit dan kalau kita kutuk orang yang buat kebaikan lebih banyak, pahala kita pula jadi debu dan Tuhan tak kira, sayanglah,” katanya.

Sanusi ucap terima kasih

Tambahnya, KFA sehingga kini masih menanggung hutang RM30 juta itu termasuk tuntutan RM1.9 juta daripada LHDN untuk pemain import sebelum ini, Liridon Krasniqi.

Bukan itu sahaja, KFA turut membantu pasukan KDA FC sebanyak RM2 juta sebelum ini untuk memastikan pasukan itu mendapat lesen kebangsaan bagi membolehkan mereka terus bertanding dalam Liga Malaysia bagi musim ini.

Artikel lain: Hampir setahun gaji tertunggak, pemain Kedah Darul Aman terima sumbangan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Penyampaian Ganjaran Kepada Atlet dan Pegawai Sempena Temasya PARA ASEAN Games Cambodia 2023, SUKMA & PARA SUKMA XXI Sarawak 2024 dan Olimpik Paris 2024 di sini, hari ini.

Beliau mengulas sumbangan khas RM200,000 yang disampaikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kepada pemain bola sepak Kedah setelah inisiatif itu digerakkan tiga NGO sejak 20 Mac lalu.

Sumber: FB Muhammad Sanusi Md Nor

Scroll to Top