Pemanah Korea Selatan raih emas perseorangan wanita

Pemanah Korea Selatan raih emas perseorangan wanita

AN San menambah satu lagi kilauan emas buat skuad memanah Korea Selatan dengan menewaskan pemanah Rusia Elena Osipova 6-5 dalam acara final perseorangan wanita pada Jumaat, lapor Xinhua.

Atlet itu menang set penentuan ke atas Osipova dengan shootoff 10 hingga lapan mata setelah tiga kali terikat 5-5, sekali gus menyumbang emas keempat Korea Selatan dalam acara memanah.

Sementara itu, Lucilla Boari dari Itali menang mudah ke atas pemanah Amerika Syarikat, Mackenzie Brown dengan kedudukan mata 7-1, melayakkan dirinya memperoleh pingat gangsa. – Bernama

Scroll to Top