am@hmetro.com.my
Jasin: Pemandu bas ekspres yang dikaitkan dalam insiden meriba seorang wanita ketika memandu akan tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, esok.
Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, pihaknya berjaya menghubungi kedua-dua individu terbabit, termasuk wanita berkenaan, dan mereka memberi jaminan untuk hadir ke IPD.
Menurutnya, pihaknya dimaklumkan wanita itu kini berada di Kedah dan dijangka pulang ke Kuala Lumpur malam ini sebelum hadir bersama pemandu terbabit ke IPD berkenaan.
“Pemandu berkenaan turut memaklumkan dia berada di Sungai Besi dan bersetuju untuk hadir ke Jasin seperti dijanjikan bagi membantu siasatan.
“Kerjasama kedua-dua individu ini penting bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, video tular menunjukkan pemandu bas itu dilihat meriba seorang wanita ketika memandu, Ahad lalu.
- Kes pemandu bas riba wanita: JPJ panggil pengurusan tertinggi
- Pemandu bas ekspres tular riba kenalan wanita sudah berkahwin
- ‘Awalnya wanita itu duduk sebelah pemandu, tiba-tiba sudah ada atas riba’
- Pemandu bas riba wanita ditamatkan perkhidmatan
- JPJ siasat pemandu bas ekspres riba wanita sambil memandu
© New Straits Times Press (M) Bhd




