Semalam media melaporkan sebuah bas yang membawa seramai 38 penumpang di Bangkok, Thailand mengalami kemalangan dan terbakar sehingga menyebabkan 20 pelajar dan 3 guru meninggal dunia.
Insiden itu berpunca dari kecuaian pemandu bas yang melanggar penghadang jalan dan melarikan diri apabila gagal memadamkan kebakaran.
Walau bagaimanapun, pemandu bas itu hadir ke balai polis untuk menyerah diri. Hasil soal siasat mendapati pemandu yang dikenali sebagai Samarn itu melarikan diri kerana panik dengan insiden yang berlaku.
Oleh yang demikian, suspek berdepan empat pertuduhan termasuk kecuaian hingga menyebabkan kematian. Selain itu,16 penumpang yang selamat telah menerima rawatan di hospital.





