Dalam kesedihan negara meratapi kehilangan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, ada satu jiwa yang sedang menanggung luka lebih dalam, bukan fizikal tapi emosi.
Koperal Mohd Harrisul Ikhsan Mohd Mahabudin, pemandu trak yang membawa 18 anggota FRU Unit 5 ketika kemalangan itu berlaku, kini dibelenggu rasa bersalah yang sukar diungkap.
“Saya yang pandu, saya rasa bersalah…”- Pemandu FRU…

Isterinya, Nor Ain Ahmad Hesam, mendedahkan bahawa suaminya menyalahkan diri selepas sedar daripada rawatan di Hospital Teluk Intan.
Dia baru tahu semalam bahawa sembilan rakannya meninggal dunia. Dia rasa bertanggungjawab kerana dia yang memandu.
Dia kata dia rasa bersalah. Saya pujuk dia supaya tidak salahkan diri. Dia juga minta maaf kepada rakan-rakannya.
Harrisul sempat buat panggilan video kepada Koperal Nizam Tarmizi dan memohon maaf, selain bertemu sendiri dengan Koperal Mohammad Zulnaidi Muhammad Zulkifli.
Rakan setugas tak pernah salahkan dia…

Walaupun dibebani rasa bersalah, Nor Ain bersyukur kerana rakan-rakan suaminya sentiasa beri sokongan moral tanpa menyalahkannya.
Tiada seorang pun yang salahkan dia. Ramai rakan hubungi dan beri sokongan moral.
Tambah Nor Ain, suaminya telah berkhidmat lebih 11 tahun dalam pasukan polis.
Cedera serius tapi sudah sedar…

Kemalangan tersebut turut menyebabkan Harrisul cedera di kepala dan tulang rusuk. Tapi Alhamdulillah, dia kini sudah sedar dan mampu berjalan ke tandas sendiri.
Dia tak ingat langsung apa yang berlaku ketika kemalangan, hanya sedar-sedar sudah berada di hospital. Hati saya hampir luruh. Saya terus berdoa supaya tiada perkara buruk berlaku padanya.
Untuk rekod, trak FRU yang membawa 18 anggota dari Unit 5 Sungai Senam terbabit dalam nahas dengan lori batu kira-kira jam 8.50 pagi. Lapan anggota maut di tempat kejadian, seorang lagi meninggal dunia di hospital. Sembilan lagi cedera.
Pssttt! Kadang-kadang, rasa bersalah itu datang bukan sebab kita salah, tapi sebab hati kita tak sanggup kehilangan orang sekeliling. Buat Koperal Harrisul, luka ini mungkin takkan sembuh sepenuhnya, tapi kami yakin, semangat dan doa rakyat Malaysia akan bantu dia bangkit semula. Terima kasih atas pengorbanan semua anggota keselamatan negara.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.




