Pemandu van langgar Nur Aini Humairah didakwa esok

Pemandu van langgar Nur Aini Humairah didakwa esok

am@hmetro.com.my

Batu Pahat: Pemandu van yang melanggar seorang murid Tahun Dua hingga maut tengah hari Selasa lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini, esok.

Suspek berusia 60 tahun akan didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullan Sani ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Difahamkan, kertas siasatan berhubung kejadian ini diserahkan kepada pihak pendakwaan dan mereka bersetuju untuk mendakwa suspek esok.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari, Nur Aini Humairah Mohd Fareez, 8, maut selepas dilanggar van yang dipandu suspek di hadapan pintu pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong dekat sini.

Insiden itu berlaku ketika anak pertama daripada dua beradik sedang menunggu ibunya datang menjemput sebaik sesi persekolahan tamat.

Arwah Nur Aini Humairah dilaporkan cedera parah di kepala dan organ dalaman meninggal dunia di tempat kejadian.

Susulan kejadian itu, polis menahan suspek dan direman selama tiga hari yang berakhir esok bagi membantu siasatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top