London: Cita-cita zaman kanak-kanak Yared Nuguse tidak pernah berubah.
Walaupun atlet berusia 25 tahun itu berjaya meraih gangsa dalam acara 1500m di Olimpik Paris 2024 dan impiannya sejak berusia 13 tahun adalah untuk menjadi seorang doktor pakar dalam bidang pergigian, ortodontis.
Namun, sasaran utama Nuguse tahun ini adalah untuk meraih emas di Kejohanan Dunia pada tahun 2025 sambil membuat persiapan untuk meraih kejayaan di Olimpik Los Angeles pada tahun 2028.
Satu sasaran yang diakui oleh dirinya sendiri sebagai realistik selain berharap ia akan memberi peluang kepadanya untuk bertemu penyanyi Taylor Swift.
Namun, dia sudah menetapkan apa yang perlu dilakukan dalam kehidupannya, Nuguse tidak berniat untuk menangguhkan kerjaya dalam bidang pergigian melebihi usia 20-an.
“Saya selalu berkata saya akan kembali ke bidang pergigian. Sasaran saya adalah 2029, jadi saya akan nikmati tahun-tahun berlari ini selagi saya ada.
“Semasa saya memakai pendakap gigi, saya sangat mengagumi ortodontis saya. Kini saya mempunyai senyuman yang saya banggakan dan itu adalah sesuatu yang saya ingin berikan kepada banyak kanak-kanak lain. Anda boleh memberi mereka keyakinan yang kekal.”
“Saya selalu jenis yang mengikut arahan dan bijak, dan saya hanya fokus untuk masuk ke sekolah pergigian. Larian hanya perkara sampingan yang menyeronokkan,” kata Nuguse.
© New Straits Times Press (M) Bhd




