Pemergian Karam Singh Walia kehilangan besar dunia kewartawanan negara – Menteri Komunikasi

Pemergian Karam Singh Walia kehilangan besar dunia kewartawanan negara – Menteri Komunikasi

nuratikah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pemergian wartawan alam sekitar terkenal, Datuk Karam Singh Walia meninggalkan kesan yang cukup mendalam terutamanya dalam dunia kewartawanan negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata mendiang cukup dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia kerana sentiasa mewarnai penyampaian berita dengan gaya tersendiri sepanjang kerjayanya.

“Sesiapa sahaja yang menonton Buletin TV3, khususnya dari era 90-an sehingga 2014, pasti cukup mengenali penampilan beliau yang begitu sinonim dengan pantun bagi mengakhiri setiap laporan… satu identiti unik yang kekal dalam ingatan ramai.

“Saya juga antara yang setia mengikuti laporan beliau dan amat menghargai dedikasi serta sumbangannya kepada dunia penyiaran,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada adik mendiang yang juga Pengarang Urusan Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima, Jasbant Singh, serta seluruh ahli keluarga atas kehilangan itu.

Terdahulu, Karam Singh Walia dilapor meninggal dunia di kediamannya di Klang, Selangor, pada jam 3.30 pagi, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top