Oh! Arena
IShowSpeed diminta tidak menyokong England selepas beberapa pasukan yang disokongnya tersingkir.
Personaliti internet popular, IShowSpeed sekali lagi jadi bahan bualan peminat bola sepak selepas dikaitkan dengan ‘nasib malang’ sepanjang Piala Dunia 2026.
Mana tidaknya, beberapa pasukan yang disokongnya dalam kejohanan kali ini akhirnya tersingkir. Jadi bila England bakal turun menentang Norway di suku akhir, peminat mula gelabah lain macam.
Speed dikaitkan dengan sumpahan pasukan yang tewas

IShowSpeed atau nama sebenarnya Darren Watkins menarik perhatian ramai apabila hadir ke beberapa perlawanan Piala Dunia 2026 dan membuat penstriman secara langsung dari stadium.
Terbaharu, dia dilihat menyokong Mesir ketika aksi pusingan 16 terbaik menentang Argentina. Dalam perlawanan itu, Mesir pada awalnya mendahului 2-0 sebelum Argentina bangkit menang 3-2.
Speed yang memakai jersi Mesir turut mencuri perhatian apabila cuba mengganggu tumpuan Lionel Messi ketika sepakan penalti babak pertama. Sepakan itu akhirnya gagal disempurnakan Messi, namun Argentina tetap mara selepas wisel penamat.
Bukan Mesir sahaja yang terkena

Mesir bukan satu-satunya pasukan yang dikaitkan dengan ‘sumpahan’ IShowSpeed. Sepanjang kejohanan, dia turut dilihat memakai jersi Amerika Syarikat, Austria, Brazil, Ivory Coast, Cape Verde, Senegal dan Portugal.
Lebih mencuit hati, semua pasukan itu akhirnya tersingkir. Sebab itulah peminat bola sepak mula bergurau kononnya sesiapa yang disokong Speed, ada harapan besar untuk bungkus.
Pencipta kandungan bola sepak, Ben Black kemudian berkongsi video kompilasi Speed memakai jersi pasukan-pasukan berkenaan sebelum mereka tersingkir dari kejohanan.
Jangan benarkan dia memakai jersi England. Kami mahu menjuarai Piala Dunia dan biarlah impian itu tidak dimusnahkan olehnya.- Katanya.
England diminta berjaga-jaga

Menjelang aksi suku akhir England menentang Norway pada Ahad ini jam 5 pagi waktu Malaysia, ada peminat secara berseloroh meminta Speed tidak menyokong Three Lions.
Malah, Ben Black turut menggesa penyokong England supaya menghalangnya daripada memakai jersi England jika terserempak dengannya. Drama bola sepak ni kadang-kadang bukan setakat atas padang, dekat tepi padang pun boleh jadi panas.
Sepanjang Piala Dunia 2026, IShowSpeed turut menandatangani perjanjian penyiaran bersama FIFA dan Fox Sports yang membolehkannya membuat penstriman langsung dari dalam stadium.
Pssttt! Kadang-kadang benda macam ni memang sekadar gurauan peminat bola sepak, tapi itulah yang buat suasana Piala Dunia makin meriah. Apa pun, England kena menang atas usaha sendiri, bukan sebab jersi siapa yang Speed pakai.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!



