Pemuda dipuji tak tinggal bakal isteri, muka penuh luka tetap teruskan nikah

Pemuda dipuji tak tinggal bakal isteri, muka penuh luka tetap teruskan nikah

Kata orang tua-tua tentang ‘darah manis’ kadang kala ada betulnya. Hal ini membolehkan agar bakal pengantin bersedia dan tidak melakukan sesuatu perkara yang mungkin boleh menggangu kelancaran majlis nanti.

Namun, siapa kita untuk melawan takdir yang ditetapkan kerana malang itu tidak berbau.

Hal ini dialami sendiri oleh pasangan pengantin yang 4 hari lagi bakal melangsungkan pernikahan namun pengantin perempuan pula mengalami kemalangan jalan raya sehingga wajahnya mengalami luka teruk.

@awangloh

Kuatkan diri ye, awk kann kuat❤️🥺

♬ original sound – Qish🦋 – Qish🦋

Namun, reaksi bakal suaminya sangat dipuji kerana tetap setia bersama wanita yang dicintai dan ada diwaktu-waktu sukar itu.

Menerusi perkongsian yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai @awangloh, dia telah memuat naik berita kemalangan bakal isterinya dan menjawab beberapa komen dengan menyatakan yang dia akan kekal bersama dengan wanita tersebut.

@awangloh

Balas kepada @idhmqrdn setuju?

♬ original sound – B O L L Y W O O D

Berpegang pada kata-katanya, pemuda berkenaan akhirnya memaklumkan yang mereka sudahpun bernikah dan bergelar pasangan suami isteri.

Wajah isterinya yang mempunyai banyak kesan luka bukan satu alasan untuk dia tidak terus mencintai wanita yang sudah berjanji untuk bersamanya selamanya.

@awangloh

Balas kepada @kita9094 Alhamdulillah..

♬ Belum Siap Kehilangan – Stevan Pasaribu

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang memuji sikap pemuda itu yang langsung tidak berpaling dan menunda-nunda majlis pernikahan dengan isterinya walaupun sedar wajah wanita itu sudah agak berbeza disebabkan kemalangan.

Mereka juga mendoakan agar pasangan pengantin baru itu kekal bahagia hingga ke anak cucu dan terus dimurahkan rezeki selepas bergelar suami isteri.

 

Sumber: TikTok @awangloh

 

Scroll to Top